Abad ke-8 SM
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Milenium: | Milenium ke-2 SM • Milenium ke-1 SM • Milenium ke-1 |
Abad: | Abad ke-9 SM • Abad ke-8 SM • Abad ke-7 SM |
Dekad: | 790-an SM • 780-an SM • 770-an SM • 760-an SM • 750-an SM 740-an SM • 730-an SM • 720-an SM • 710-an SM • 700-an SM |
Abad ke-8 SM merujuk kepada abad yang berlangsung dari 1 Januari 800 SM hingga 31 Disember 701 SM dalam kalendar Gregory.
[sunting] Peristiwa dan arah aliran



- Akhir abad ke-8 SM - Subang, mahkota, dan roset dari makam Permaisuri Yabay di Kalhu (Nimrud moden, Iraq) dicipta, dan kini berada di Muzium Iraq, Baghdad.
- k.k. abad ke-8 SM - abad ke-7 SM: Arca wanita memintal dari Susa (Shush moden, Iran) dicipta, dan kini berada di Musee du Louvre, Paris.
- 797 SM - Ardysus I menjadi raja Lydia.
- 797 SM - Thespieus, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 27 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Agamestor.
- 783 SM - Shalmaneser IV mewarisi bapanya, Adad-nirari III, sebagai raja Assyria.
- 782 SM - Pengasasan Erebuni (Էրեբունի) di bawah perintah Raja Argishtis I di kawasan Yerevan kini.
- 782 SM - Kemangkatan Raja Xuan dari Zhou, raja Dinasti Zhou di China.
- 781 SM - Raja You dari Zhou menjadi raja Dinasti Zhou di China.
- 780 SM - Gerhana suria bersejarah yang pertama dicatatkan di China.
- 778 SM - Agamestor, raja Athens, mangkat selepas pemerintahan selama 17 tahun, dan diwarisi oleh anak lelakinya, Aeschylus.
- 776 SM - Sukan Olimpik pertama yang dicatat. Sejarah Sukan ini dipercayai bermula sejak abad ke-13 SM lagi, tetapi rekod yang lebih awal tidak wujud.
- 774 SM - Keakhiran pemerintahan Pygmalion dari Tyre.
- 773 SM - Kemangkatan Shoshenq III, raja Mesir.
- 773 SM - Ashur-Dan III mewarisi abangnya, Shalmaneser IV, sebagai raja Assyria.
- 771 SM - Keakhiran Dinasti Zhou Barat di China apabila puak-puak gasar "barat" menjarah ibu kota Hao dan membunuh Raja You dari Zhou. Putera Mahkota Ji Yijiu melarikan diri dan kemudian memerintah sebagai Raja Ping dari Zhou.
- 770 SM - Permulaan Dinasti Zhou Timur di China apabila Raja Ping menjadi raja Zhou yang pertama untuk memerintah dari Chengzhou, ibu kota baru di Luoyang kini.
- Assyria menaklukkan Damascus dan Samaria.
- 15 Jun 763 SM - Sebuah gerhana suria pada tarikh ini dipergunakan untuk menetapkan kronologi Timur Dekat Kuno.
- 756 SM - Pengasasan Cyzicus.
- 755 SM - Ashur-nirari V mewarisi Ashur-Dan III sebagai raja Assyria.
- 755 SM - Aeschylus, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama 23 tahun, dan diwarisi oleh Alcmaeon.
- 753 SM - Alcmaeon, raja Athens, mangkat selepas memerintah selama dua tahun, dan digantikan oleh Harops, Arkon yang dipilih untuk tempoh sepuluh tahun.
- 21 April 753 SM - Rom diasaskan oleh Romulus (menurut tradisi). Permulaan takwim 'Ab urbe condita' Rom.
- 26 Februari 747 SM - Nabonassar menjadi raja Assyria.
- 747 SM - Meles menjadi raja Lydia.
- 745 SM - Takhta kerajaan Assyria dirampas oleh Pul yang mengambil nama Tiglath-Pileser III.
- 743 SM - Kebangkitan Duke Zhuang dari negeri Zheng di China untuk berkuasa.
- 740 SM - Tiglath-Pileser III menaklukkan kota Arpad di Syria selepas pengepungan selama dua tahun.
- 740 SM - Permulaan pemerintahan Ahaz di Judah.
- 739 SM - Hiram II menjadi raja Tyre.
- 738 SM - Raja Tiglath-Pileser III dari Assyria menyerang Israel, dan memaksa mereka untuk membayar ufti.
- 734 SM - Naxus di Sicily diasaskan sebagai sebuah tanah jajahan Chalcis di Euboea (tarikh tradisional)
- 732 SM - Hoshea menjadi raja Israel yang terakhir.
- 730 SM - Osorkon IV mewarisi Sheshonq IV sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir.
- 730 SM - Piye mewarisi bapanya, Kashta, sebagai raja kemaharajaan Napata di Nubia.
- 730 SM - Mattan II mewarisi Hiram II sebagai raja Tyre.
- 728 SM - Piye menyerang Mesir, menaklukkan Memphis, dan memaksa raja-raja Delta Nile untuk menyerah. Baginda mengasaskan Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir.
- 727 SM - Babylonia mencapai kemerdekaan daripada Assyria.
- 724 BC]] - Assyria memulakan pengepungan selama empat tahun terhadap Tyre.
- 724 SM - Lumba lari diaulos diperkenalkan di Sukan Olimpik.
- 722 SM - Zaman Musim Bunga dan Musim Luruh dalam sejarah China bermula apabila Raja Ping daripada Dinasti Zhou memerintah pada nama sahaja.
- 722 SM - Israel ditaklukkan oleh Sargon II, raja Assyria.
- 720 SM - Keakhiran pengepungan Assyria ke atas Tyre.
- 710-an SM - Judah, Tyre, dan Sidon memberontak terhadap Assyria.
- 719 SM - Raja Huan daripada Dinasti Zhou menjadi raja China.
- 718 SM - Gyges menjadi raja Lydia.
- 717 SM - Sargon, raja Assyria, menaklukkan kubu tentera Hittite di Carchemish.
- 717 SM - Sargon II mengasaskan sebuah ibu kota baru untuk Assyria di Dur-Sharrukin.
- 716 SM - Dongeng Rom menandakan tarikh ini sebagai tarikh yang pemerintahan Romulus tamat.
- 715 SM - Permulaan pemerintahan Raja Numa Pompilius, raja Rom.
- 713 SM - Numa Pompilius membuat pembaharuan pada takwim Rom.
- 712 SM - Numa Pompilius mencipta jawatan Pontifex Maximus.
- 706 SM - Pendatang-pendatang Sparta mengasaskan Taras (Tarentum, Taranto moden), sebuah tanah jajahan di Itali Selatan.
- 705 SM - Sennacherib mewarisi abangnya, Shalmaneser V, sebagai raja Assyria.
- 704 SM - Sennacherib memindahkan ibu kota Assyria ke Nineveh.
- 701 SM - Disokong oleh Mesir, Raja Hezekiah dari Judah memberontak terhadap Raja Sennacherib dari Assyria. Sennacherib menjarah kota-kota Palestin, tetapi gagal dalam percubaannya untuk menawan Jerusalem.
- 700 SM - Orang-orang Scythia memulakan penempatan di kawasan-kawasan Cimmerian, dan dengan perlahan-lahannya menggantikan penduduk-penduduk terdahulu.
- 700 SM - Keakhiran kebudayaan Villanovan di Itali Utara, dan kebangkitan peradaban Etruska.
- 700 SM - Karya Upanishad, sebuah teks suci Hinduisme, ditulis pada sekitar masa ini.
- Pertengahan abad ke-8 SM - Model candi yang ditemukan di Tempat Perlindungan Hera, Argos dicipta, dan kini berada di Muzium Arkeologi Negara, Athens.
- Orang-orang Greek menjajah Laut Mediterranean dan Laut Hitam.
- Pengaruh Thraco-Cimmerian di Eropah Tengah.
[sunting] Tokoh-tokoh
- 760-an SM - Kemangkatan Argishtis I dari Urartu.
- 760-an SM - Kemangkatan Amaziah dari Judah.
- 760-an SM - Kemangkatan Archilaus, raja Sparta.
- 760-an SM - Kemangkatan Marduk-apla-usur dan Eriba-Marduk, raja Babylon.
- 760-an SM - Kemangkatan Rivallo, raja dongeng orang British.
- Shoshonq V, firaun Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir (767 SM - 730 SM).
- Osorkon III, firaun Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir (787 SM - 759 SM).
- Takelot III, firaun Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir (764 SM - 757 SM).
- Rudamun, firaun Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir (757 SM - 754 SM).
- Iuput, firaun Dinasti Kedua Puluh Tiga Mesir (754 SM - 715 SM).
- Niumateped, raja Libya (775 SM - 750 SM).
- Titaru, raja Libya (758 SM - 750 SM).
- Ker, raja Libya (750 SM - 745 SM).
- Midas, raja Phrygia.
- Hezekiah dari Kemaharajaan Judah (memerintah antara tahun 715 SM - 687 SM).
- Sennacherib, raja Assyria dan penakluk terhadap Babylon (705 - 681 SM).
- Homer (tarikh-tarikh tepat tidak diketahui, tetapi biasa ditarikhkan pada pertengahan hingga akhir abad ke-8 SM).
- 740-an SM - Romulus dan Remus.
- 725 SM - Bakenranef (juga dikenali sebagai Bocchoris) mewarisi bapanya, Tefnakhte, sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Empat Mesir.
- Ahaz, raja Judah (735 SM - 715 SM).
- 723 SM - Kemangkatan Shalmaneser V, raja Assyria.
- 723 SM - Sargon mewarisi Shalmaneser V sebagai raja Assyria.
- 721 SM - Shabaka mewarisi ayahnya, Piye, sebagai raja Dinasti Kedua Puluh Lima Mesir.
- 720 SM - Shabaka membunuh Bakenranef (Bocchoris), dan menamatkan Dinasti Kedua Puluh Empat Mesir
- 720 SM - Kemangkatan Zhou Ping Wang, raja Dinasti Zhou di China.
- 715 SM - Keakhiran Dinasti Kedua Puluh Dua Mesir, dengan kemangkatan Osorkon IV.
- 713 SM - Kelahiran Zamolxis separa legenda di Dacia.
[sunting] Perekaan, penemuan, dan pengenalan
- Orang Cina mencatatkan gerhana suria.
- Tulisan demotik muncul di Mesir Kuno.
800-an SM | 809 SM | 808 SM | 807 SM | 806 SM | 805 SM | 804 SM | 803 SM | 802 SM | 801 SM | 800 SM |
790-an SM | 799 SM | 798 SM | 797 SM | 796 SM | 795 SM | 794 SM | 793 SM | 792 SM | 791 SM | 790 SM |
780-an SM | 789 SM | 788 SM | 787 SM | 786 SM | 785 SM | 784 SM | 783 SM | 782 SM | 781 SM | 780 SM |
770-an SM | 779 SM | 778 SM | 777 SM | 776 SM | 775 SM | 774 SM | 773 SM | 772 SM | 771 SM | 770 SM |
760-an SM | 769 SM | 768 SM | 767 SM | 766 SM | 765 SM | 764 SM | 763 SM | 762 SM | 761 SM | 760 SM |
750-an SM | 759 SM | 758 SM | 757 SM | 756 SM | 755 SM | 754 SM | 753 SM | 752 SM | 751 SM | 750 SM |
740-an SM | 749 SM | 748 SM | 747 SM | 746 SM | 745 SM | 744 SM | 743 SM | 742 SM | 741 SM | 740 SM |
730-an SM | 739 SM | 738 SM | 737 SM | 736 SM | 735 SM | 734 SM | 733 SM | 732 SM | 731 SM | 730 SM |
720-an SM | 729 SM | 728 SM | 727 SM | 726 SM | 725 SM | 724 SM | 723 SM | 722 SM | 721 SM | 720 SM |
710-an SM | 719 SM | 718 SM | 717 SM | 716 SM | 715 SM | 714 SM | 713 SM | 712 SM | 711 SM | 710 SM |
700-an SM | 709 SM | 708 SM | 707 SM | 706 SM | 705 SM | 704 SM | 703 SM | 702 SM | 701 SM | 700 SM |
690-an SM | 699 SM | 698 SM | 697 SM | 696 SM | 695 SM | 694 SM | 693 SM | 692 SM | 691 SM | 690 SM |