24 September
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Sila masukkan peristiwa yang bersejarah sahaja. |
Templat:Takwim September 2008
24 September merupakan hari ke-267 (hari ke-268 dalam tahun lompat) dalam kalendar Gregory. Tinggal 98 hari sebelum memasuki tahun selepasnya.
Hari ini juga merupakan:
- Hari Kemerdekaan Guinea-Bissau (1973)
- Hari Republik di Trinidad dan Tobago (1976)
- Hari Warisan di Afrika Selatan.
[sunting] Peristiwa
- 622 - Nabi Muhammad s.a.w dan pengikut baginda dari Makkah menyempurnakan Hijrah mereka ke Madinah.
- 1664 - Perang Anglo-Belanda: Belanda menyerahkan kepada England New Amsterdam, sebuah penempatan berkubu milik Belanda di New Netherland yang kemudiannya menjadi Bandaraya New York.
- 1841 - Sultan Brunei memperkenankan untuk menyerahkan Sarawak kepada warga British, iaitu James Brooke.
- 1903 - Alfred Deakin menjadi Perdana Menteri Australia kedua, menggantikan Edmund Barton yang menjadi hakim Mahkamah Tinggi Australia.
- 1946: Sistem penerbangan Cathay Pacific ditubuhkan.
- 1948 - Soichiro Honda mengasaskan Honda Motor Co., Ltd. dan memulakan penghasilan motosikal.